Majlis Ekonomi (Economic Council) yang
bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1
BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011.
Menjelang
2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan
dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada
10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan
pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps
(boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10.
Pembestarian Sekolah
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan
lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada
peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan
pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program
Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah
Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula
secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi
maklumat.
Sekolah Bestari
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka
semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan
pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat.
Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
- Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
- Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
- Polisi
- Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
- Teknologi
- Proses
SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif
SPS ialah mewujudkan satu
primary
data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun
2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan
keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM),
Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan
Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam
Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai
Learning Management System
(LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. LMS yang sedang dilaksanakan ini
merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis
Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif
Open Source Software (OSS).