PAPAN KENYATAAN SEKOLAH KEBUN SIREH

MUAT TURUN

TAJUK BERITA

13 June 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKKS 2013



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Untuk makluman warga, SKKS akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan SKKS 2013 pada ketetapan berikut :

Tarikh    : 29 JUN 2013 (Sabtu). 
Masa     : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Tempat  : Dewan SKKS (kantin)
Pakaian : Ibu bapa    (Pejabat @ formal)
             : Guru/Staff  (Pakaian batik )
             : Murid         (Pakaian sekolah)


Majlis akan dirasmikan oleh Dato Paduka Khairuddin Bin Abu Hassan( Penasihat Dewan Perdagangan Industri Korea Selatan - Malaysia) . SKKS mewakili warga pentadbir amat berbesar hati menjemput ibu bapa/ penjaga untuk turut hadir memeriahkan majlis ini. Sekian terima kasih.


14 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2013

TARIKH  : 25 Januari 2013 (Jumaat) 13 Rabiulawal 1434 H
MASA     : 7.40 - 12.00 Tgh Hari
TEMPAT : Kantin Sk Kebun Sireh
LATAR BELAKANG
Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh telah mengadakan majlis  sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan ‘Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah’. Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah adalah satu aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SKKS. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullulah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.
OBJEKTIF
  • Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasullullah .
  • Melahirkan kesedaran kepada murid-murid mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan kebenaran Islam.
  • Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan memelihara akhlak dan tingkah laku sebagai seorang Muslim.
  • Mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam
  • Merapatkan silaturrahim antara guru dan murid-murid dalam memartabatkan Pendidikan Islam

.
RINGKASAN MAJLIS
Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Kantin SKKS pada jam 8.00 pagi .Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hazaini B Zainuddin. Seterusnya  guru-guru dan murid-murid berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W  yang diketuai oleh Ustaz Hussain Bin Hamid.Antara pertandingan yang telah dijalankan  ialah pertandingan mewarna , jawi dan khat.Majlis Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh PK Kurikulum, Encik Noor Abidin Bin Muhammad Noor.

4 March 2012

1 BESTARI.NET

Majlis Ekonomi (Economic Council) yang bermesyuarat pada 17 Januari 2011 telah bersetuju untuk melaksanakan 1 BestariNet di semua sekolah Malaysia mulai 2011.

Menjelang 2012 lebih 7000 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dibekalkan dengan talian fiber dengan kelajuan 2 mbps (boleh ditingkatkan kepada 10 mbps) manakala selebihnya, yang merupakan sekolah luar bandar dan pendalaman, akan dibekalkan dengan talian VSAT dengan kelajuan 1 mbps (boleh ditingkatkan ke 4 mbps) dengan nisbah kontensi 1:10.

Pembestarian Sekolah Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.

Sekolah Bestari Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
  • Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  • Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
  • Polisi
  • Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
  • Teknologi
  • Proses

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP)
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS).

27 February 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK KEBUN SIREH